EMAS & ANDA
Emas & Raya.
Musim perayaan adalah paling seronok bagi semua, setahun sekali balik beraya di kampung berjumpa emak ayah, adik-beradik, sanak saudara dan sahabat handai.
Memang meriah sambutan hari raya di kampung, lagi-lagi bila boleh beraya bersama orang yg tersayang. Tak kira jauh atau dekat kita akan sama-sama berkumpul bersalaman meminta ampun, menjamu selera dan berkongsi cerita.
Segala persiapan raya mestilah meriah dengan duit raya, baju baru, perabot baru dan tidak kurang pula yg berkereta baru. Belum masuk duit belanja hangus untuk pulang beraya seperti duit minyak, tol, servis kereta dan hotel.
Keperluan duit sangat tinggi untuk persiapan hari raya, bagi yg dapat bonus raya ianya boleh membantu sedikit sebanyak. Bagi yg tiada bonus raya, segala bajet persiapan hari raya kena disediakan lebih awal.
Saya akan berkongsi tips bagaimana kita boleh beraya dengan tenang dan meriah bila ada simpanan emas.
Tips #1 (simpanan)
Kumpul 1 gram 1 bulan sebagai simpanan hari raya untuk tahun depan. Paling minimum kita akan ada duit tunai ±RM2,000 untuk digunakan untuk keperluan hari raya. Jika ada kenaikan harga emas itu bonus!
Kenapa emas? Emas adalah simpanan paling susah untuk bocor(terbelanja), peluang untuk simpan sampai raya tahun depan sangatlah tinggi.
Tips #2 (dana kecemasan)
Bagi penyimpan emas boleh bawa sebahagian emas semasa pulang beraya sebagai “emergency backup” jika berlaku apa-apa musibah, boleh simpankan emas 10 gram dalam wallet incase berlaku sesuatu semasa dalam perjalanan pergi dan balik beraya.
Emas adalah duit tunai yg mudah untuk dicairkan, boleh jual atau pajak jika kita perlukan duit tunai segera. Pajak atau jual yg mana lebih sesuai? Tengok pada harga emas semasa baru kita boleh tahu sesuai untuk pajak atau jual.
Tips #3 (duit raya)
Paling seronok zaman kita budak-budak dapat duit raya, zaman sekarang lagi seronok sebab dapat duit raya dalam bentuk emas. Risiko untuk duit raya anak habis jadi mainan tu rendah!
Duit raya dalam bentuk emas boleh bertahan lebih lama, emas ada nilai sentimental yg tiada pada duit kertas. Pengalaman saya sendiri masih ada lagi simpan emas 1g(duit raya) sejak tahun 2015, jika dapat duit raya RM150 (baca nilai semasa 1g pada tahun 2015) masa tu saya pasti dah habis jadi duit tol dan minyak untuk tampung belanja balik kampung.
Tips #4 (backup)
Ramai yg diantara kita sudah ‘kering’ bila balik dari beraya sakan di kampung, kena tunggu gaji yg seterusnya untuk tampung perbelanjaan seharian.
Penyimpan emas cuma perlu gadaikan sebahagian dari emas simpanan untuk dapat tunai segera sementara dapat gaji yg seterusnya, nanti dah dapat gaji boleh tebus balik emas gadaian tersebut. Emas tak hilang, kita pun boleh ‘survive’. Kita pun terhindar dari perasaan malu pinjam duit kawan dan orang lain!
Ini adalah perkongsian hasil dari pengalaman saya beraya bila dah simpan emas sejak 2015, simpanan emas ini sedikit sebanyak dapat membantu saya beraya dengan lebih tenang dan teratur.
Jangan lupa kongsikan ilmu ini kepada ramai lagi supaya sama-sama dapat manfaat, sebelum terlambat saya mohon ampun jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Saya juga ingin mengucapkan:
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin” 😊
Terima Kasih kepada sifu Emas Saudara Sadiqin Sulong atas perkongsian Ilmu Emas anda semoga diberkati Allah.
https://srintanemas.wasap.my

No comments:
Post a Comment